best tk drama nie ??? bagi aku mmg best la...cter nie diadaptasi drpd novel KASIH YANG SUCI karya MEEN ZULAIKHA...novel nie dah lame ak bce...so kurang ingat sngt...yg plg ak ingt nme SETH TAN tuh...skit2 je ingt cter nie...tp cter nie tk de la sebiji mcm novel sbb yg ak bce cter nie SETH TAN tuh mule2 blum msok islam lg...tp cter nie dye mmg islam...so tk sme sngt la kn...lps tuh part plg best dlm novel, ble NORA ELENA nie kawin ngan SETH TAN...mse dorang dah kawin bru NORA nie tau yg rogol dye dlu sbnrnye SETH...sbb dye trmnpk topeng yg seth pkai dlu...dorang gaduh smpai nora nie ckp mmg pdn pon ngan name ko klo buang huruf T ngan H dah same ngan setan...hahaha...ade lg la part2 yg best tp dah lupe la...kne bce sndri la yer...hihihi...smua ost nora elena best2...lgu terhenti disini,dan bila esok,ngan berubah...
Novel yang membelai perasaan ini mampu membuatkan anda sayang untuk meninggalkan walau satu patah perkataan pun. Sepuluh tahun lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepasa sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...
Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan mereka? Rahsia yang selama ini disimpan kemas, akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Apakah kisah seterusnya? Apa yang harus dilakukan oleh Elena terhadap suaminya? Mampukah perkahwinan mereka bertahan?
Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan mereka? Rahsia yang selama ini disimpan kemas, akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Apakah kisah seterusnya? Apa yang harus dilakukan oleh Elena terhadap suaminya? Mampukah perkahwinan mereka bertahan?
MEEN ZULAIKHA dilahirkan pada 10 Jun 1961 di Bentong, Pahang. Bekas penuntut aliran Sastera di Sekolah Menengah Air Putih, Kuantan, Pahang. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di Bedford Finishing College, Kuala Lumpur dan memiliki diploma Sains Kesetiausahaan. Memulakan karier awalnya sebagai seorang setiausaha di sebuah syarikat perkapalan antarabangsa yang terkenal di Kuala Lumpur. Mengutip banyak pengalaman bekerja di sini dan beberapa buah syarikat lain sebelum mengundurkan diri untuk menumpukan perhatian terhadap keluarga. Bidang penulisan merupakan satu bidang yang baru kepada Meen Zulaikha. Novel ini adalah percubaan pertamanya meneroka ke alam penulisan kreatif. Sedikit pengalaman sewaktu bekerja di syarikat perkapalan dulu diabadikannya dalam novel ini. Melalui heroin ciptaannya Nora Elena yang dilingkari sejarah hitam diharapkan insan-insan yang senasib dengannya tidak lagi dipandang hina dan rendah. Nilailah kesucian hati mereka dan bukannya kesuci-an diri semata-mata.